Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menarik balik Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim dalam satu kenyataan berkata selain Najib dan Rosmah, turut ditarik balik darjah kebesaran adalah bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman.